Friday, March 11, 2011

Program Minggu Anti Dadah SK. Teriang Tahun 2011

Program Minggu Anti Dadah Peringkat SK. Teriang, Endau bagi Tahun 2011 ini telah dilancarkan pada hari Isnin, 7 MAC 2011 oleh Guru Besar SK. Teriang, Pn. Maimon binti Ismail di Dataran SK. Teriang, tepat jam 7.45 pagi.

Bertemakan ` 1 Malaysia Membenteras Dadah', pelbagai program diatur sepanjang minggu untuk memupuk kesearan di kalangan murid-murid tentang bahayanya dadah. Murid-murid juga diberi pendedahan tentang bahaya merokok dan kaitannya dengan amalan salahguna dadah.

Di antara pengisian program ini adalah acara pameran dan ceramah berkenaan bahaya penyalahgunaan dadah oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Mersing. Selain itu, diadakan juga pertandingan mewarna dan melukis poster anti dadah untuk murid-murid.

Majlis penutupan program ini telah diadakan pada hari Jumaat, 11 Mac 2011 oleh Guru Besar SK. Teriang, setelah selesai Majlis Bacaan Yasin di Kantin SK. Teriang. Pihak penganjur program ini telah sudi menyediakan hadiah-hadiah bagi pertandingan yang diadakan sepanjang berlangsungnya Program Minggu Anti Dadah Peringkat SK. Teriang bagi Tahun 2011 ini.

No comments:

Post a Comment