Friday, June 17, 2011

Selamat Datang dan Selamat Bertugas di SK. Teriang, Endau



Seluruh warga SK. Teriang, Endau, mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cikgu Mohd Irham bin Mohamed di sekolah ini.


Beliau telah melaporkan diri untuk bertugas di sekolah ini pada hari Khamis, 16 Jun 2011, dan merupakan bekas guru dari SK. Pulau Tinggi, Mersing.


Cikgu Mohd Irham juga merupakan guru KPLI Kajian Sosial dan berasal dari negeri Kelantan Darul Naim. Semasa di SK. Pulau Tinggi, Mersing, beliau mengajar subjek Bahasa Melayu bagi kelas Tahun 1, 2 dan 3.


Semoga kehadirannya ke SK. Teriang, Endau mampu membawa pelbagai kejayaan bagi murid-murid sekolah ini di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

No comments:

Post a Comment