Friday, March 4, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Mersing Kali Ke 33

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Mersing Kali Ke 33 telah diadakan pada 1 Mac - 4 Mac 2011 yang lalu. Kejohanan ini dilangsungkan di Padang SMK Anjung Batu, Mersing. Sepanjang 4 hari itu, kontijen SK. Teriang telah turut serta dalam bebarapa acara yangdipertandingkan. Kontijen ini diketuai oleh pengurus pasukan iaitu GPK Kokurikulum SK. Teriang, En. Maarop bin Mohammad dan dibantu oleh 2 orang jurulatih olahraga sekolah iaitu En. Mohd Othman bin Abd Kadir dan Pn. Baizuramaszatulana binti Rosli.

Walaupun gagal memperolehi sebarang pingat, beberapa orang murid yang terpilih mewakili SK. Teriang telah berjaya melepasi peringkat saringan dan layak ke peringkat akhir dalam bebarapa acara di kejohanan ini.

No comments:

Post a Comment