Tuesday, July 12, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Membaca Peringkat SK. Teriang, Endau, Tahun 2011.

Pada hari ini, Isnin, 11 Julai 2011, jam 8.00 pagi, bertempat di Dataran SK. Teriang, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK. Teriang, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Membaca. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Maimon binti Ismail, Guru Besar SK. Teriang. Di dalam majlis itu juga, pihak PSS SK. Teriang telah menghadiahkan bahan bacaan kepada murid yang merekodkan bacaan terbanyak di dalam buku NILAM.
Berbagai program disusun sempena bulan membaca di sepanjang bulan Julai ini. Di antaranya ialah pertandingan teka silangkata, kuiz, bacaan sajak, pancing perkataan bagi murid LINUS dan lain-lain lagi.
Pihak PSS SK. Teriang akan terus merancang dan berusaha agar minat membaca di kalangan murid-murid di sekolah terus meningkat dan berkekalan serta menjadi hobi di masa lapang. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.

No comments:

Post a Comment