Thursday, July 7, 2011

Larian Serentak Sempena Pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan

Program ini telah dilangsungkan secara serentak di seluruh negara. Seluruh warga SK. Teriang, Endau turut terlibat bagi menjayakan program yang bersejarah ini. Selain penglibatan guru-guru dan murid, kakitangan sokongan, pekerja kebersihan swasta dan pengawal keselamatan sekolah turut terlibat secara langsung bagi menjayakan larian ini.
Program larian ini juga menjadi bertambah menarik dengan penyertaan oleh Penghulu Mukim Teriang dan isteri, ibu bapa dan penjaga murid serta ahli Persatuan Belia Kami Teriang, Endau. Seramai lebih 40 orang ibu bapa telah mengambil bahagian dalam acara larian yang dijalankan ini.
Acara yang diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 ini telah dimulakan dengan acara pendaftaran peserta, taklimat keselamatan, senamrobik, bacaan doa, membaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia sebelum para peserta dilepaskan tepat jam 9.00 pagi oleh Guru Besar SK. Teriang, Pn. Maimon binti Ismail. Semua peserta telah berjaya menghabiskan larian sejauh 2.1 km yang melibatkan laluan di sekitar Kg. Teriang Besar.
Apa yang menarik, pihak PIBG SK. Teriang telah sudi menyumbangkan hamper kepada pemenang larian dan cabutan bertuah serta makan-minum para peserta larian tersebut.

No comments:

Post a Comment