Thursday, July 14, 2011

Sekitar Program Bulan Membaca Peringkat SK. Teriang, Endau, Tahun 2011

Beberapa program menarik telah diadakan pada hari Rabu, 13 Julai 2011 sempena Program Bulan Membaca di SK. Teriang, Endau. Program ini telah dijalankan semasa waktu rehat dan melibatkan semua murid SK. Teriang. Di antaranya ialah Hitung Terpantas, Teka Silangkata dan Pancing Nombor dan Perkataan bagi murid LINUS.

Tuesday, July 12, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Membaca Peringkat SK. Teriang, Endau, Tahun 2011.

Pada hari ini, Isnin, 11 Julai 2011, jam 8.00 pagi, bertempat di Dataran SK. Teriang, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK. Teriang, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Membaca. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Maimon binti Ismail, Guru Besar SK. Teriang. Di dalam majlis itu juga, pihak PSS SK. Teriang telah menghadiahkan bahan bacaan kepada murid yang merekodkan bacaan terbanyak di dalam buku NILAM.
Berbagai program disusun sempena bulan membaca di sepanjang bulan Julai ini. Di antaranya ialah pertandingan teka silangkata, kuiz, bacaan sajak, pancing perkataan bagi murid LINUS dan lain-lain lagi.
Pihak PSS SK. Teriang akan terus merancang dan berusaha agar minat membaca di kalangan murid-murid di sekolah terus meningkat dan berkekalan serta menjadi hobi di masa lapang. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.

Thursday, July 7, 2011

Larian Serentak Sempena Pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan

Program ini telah dilangsungkan secara serentak di seluruh negara. Seluruh warga SK. Teriang, Endau turut terlibat bagi menjayakan program yang bersejarah ini. Selain penglibatan guru-guru dan murid, kakitangan sokongan, pekerja kebersihan swasta dan pengawal keselamatan sekolah turut terlibat secara langsung bagi menjayakan larian ini.
Program larian ini juga menjadi bertambah menarik dengan penyertaan oleh Penghulu Mukim Teriang dan isteri, ibu bapa dan penjaga murid serta ahli Persatuan Belia Kami Teriang, Endau. Seramai lebih 40 orang ibu bapa telah mengambil bahagian dalam acara larian yang dijalankan ini.
Acara yang diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 ini telah dimulakan dengan acara pendaftaran peserta, taklimat keselamatan, senamrobik, bacaan doa, membaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia sebelum para peserta dilepaskan tepat jam 9.00 pagi oleh Guru Besar SK. Teriang, Pn. Maimon binti Ismail. Semua peserta telah berjaya menghabiskan larian sejauh 2.1 km yang melibatkan laluan di sekitar Kg. Teriang Besar.
Apa yang menarik, pihak PIBG SK. Teriang telah sudi menyumbangkan hamper kepada pemenang larian dan cabutan bertuah serta makan-minum para peserta larian tersebut.