Monday, September 19, 2011

Kem Pecutan Akhir UPSR 2011

Walaupun masih dalam suasana Hari Raya Aidil Fitri, murid-murid tahun 6 SK. Teriang, Endau telah sanggup untuk berada di sekolah bermula jam 7.00 pagi hingga 4.30 petang untuk meng

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Kecemerlangan UPSR 2011

Pada hari Ahad, 11 September 2011 yang lalu, telah diadakan dua program khas bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR iaitu Program Restu Ilmu dan Solat Hajat Kecemerlangan UPSR 2011. Majlis ini dilangsungkan selepas tamat program Kem Pecutan Akhir UPSR yang bermula dari 6 September hingga 11 september 2011.
Semua murid tahun 6 dan ibu bapa masing-masing serta semua warga pendidik SK. Teriang telah dijemput hadir ke majlis ini. Kemuncak majlis ini adalah acara menyuapkan pulut kuning kepada murid-murid tahun 6 oleh guru besar, Pn. Maimon binti Ismail dan Guru-guru Penolong Kanan.

Monday, September 12, 2011

Selamat Menduduki Ujian UPSR 2011

Murid-murid tahun 6 SK. Teriang, Endau akan menduduki peperiksaan UPSR 2011 pada 13 September hingga 15 September 2011 ini. Dengan berbekalkan ilmu dan pengalaman sepanjang 6 tahun di sekolah rendah, murid-murid tahun 6 akan cuba mencipta satu lagi lakaran sejarah kecemerlangan UPSR di sekolah ini. Perjuangan mereka ini juga akan disusuli dengan doa dan harapan para ibu bapa serta guru-guru dengan impian yang menggunung tinggi untuk melihat kejayaan anak-anak / murid-murid.
Kepada murid-murid tahun 6, selamat menduduki peperiksaan UPSR tahun 2011 ini.

Thursday, July 14, 2011

Sekitar Program Bulan Membaca Peringkat SK. Teriang, Endau, Tahun 2011

Beberapa program menarik telah diadakan pada hari Rabu, 13 Julai 2011 sempena Program Bulan Membaca di SK. Teriang, Endau. Program ini telah dijalankan semasa waktu rehat dan melibatkan semua murid SK. Teriang. Di antaranya ialah Hitung Terpantas, Teka Silangkata dan Pancing Nombor dan Perkataan bagi murid LINUS.

Tuesday, July 12, 2011

Majlis Pelancaran Bulan Membaca Peringkat SK. Teriang, Endau, Tahun 2011.

Pada hari ini, Isnin, 11 Julai 2011, jam 8.00 pagi, bertempat di Dataran SK. Teriang, telah berlangsung satu program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber SK. Teriang, iaitu Majlis Pelancaran Bulan Membaca. Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Pn. Maimon binti Ismail, Guru Besar SK. Teriang. Di dalam majlis itu juga, pihak PSS SK. Teriang telah menghadiahkan bahan bacaan kepada murid yang merekodkan bacaan terbanyak di dalam buku NILAM.
Berbagai program disusun sempena bulan membaca di sepanjang bulan Julai ini. Di antaranya ialah pertandingan teka silangkata, kuiz, bacaan sajak, pancing perkataan bagi murid LINUS dan lain-lain lagi.
Pihak PSS SK. Teriang akan terus merancang dan berusaha agar minat membaca di kalangan murid-murid di sekolah terus meningkat dan berkekalan serta menjadi hobi di masa lapang. Sesungguhnya membaca itu jambatan ilmu.

Thursday, July 7, 2011

Larian Serentak Sempena Pelancaran Program 1 Murid 1 Sukan

Program ini telah dilangsungkan secara serentak di seluruh negara. Seluruh warga SK. Teriang, Endau turut terlibat bagi menjayakan program yang bersejarah ini. Selain penglibatan guru-guru dan murid, kakitangan sokongan, pekerja kebersihan swasta dan pengawal keselamatan sekolah turut terlibat secara langsung bagi menjayakan larian ini.
Program larian ini juga menjadi bertambah menarik dengan penyertaan oleh Penghulu Mukim Teriang dan isteri, ibu bapa dan penjaga murid serta ahli Persatuan Belia Kami Teriang, Endau. Seramai lebih 40 orang ibu bapa telah mengambil bahagian dalam acara larian yang dijalankan ini.
Acara yang diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2011 ini telah dimulakan dengan acara pendaftaran peserta, taklimat keselamatan, senamrobik, bacaan doa, membaca perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia sebelum para peserta dilepaskan tepat jam 9.00 pagi oleh Guru Besar SK. Teriang, Pn. Maimon binti Ismail. Semua peserta telah berjaya menghabiskan larian sejauh 2.1 km yang melibatkan laluan di sekitar Kg. Teriang Besar.
Apa yang menarik, pihak PIBG SK. Teriang telah sudi menyumbangkan hamper kepada pemenang larian dan cabutan bertuah serta makan-minum para peserta larian tersebut.

Monday, June 27, 2011

Mesyuarat Agung PIBG SK. Teriang Kali Ke 35, Sesi 2011/2012

Mesyuarat Agung PIBG SK. Teriang, Endau, Kali Ke 35, Sesi 2011/2012, telah diadakan pada 25 JUN 2011, hari Sabtu, jam 10.00 pagi dan bertempat di Dewan SK. Teriang, Endau.
Majlis perasmian mesyuarat agung tersebut telah disempurnakan oleh En. Norman bin Hj. Noh, Penolong Pegawai Daerah Mersing, Sektor Pembangunan Masyarakat Daerah Mersing, wakil rasmi YB. Datuk Dr. Hj. Abdul Latiff bin Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Mersing.
Di dalam pemilihan AJK PIBG yang baru bagi Sesi 2011/2012, En. Solihim bin Hj. Mohamad telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi menggantikan En. Hussein bin Aman.
Memetik kata-kata mantan YDP PIBG yang lalu, En. Hussein bin Aman.. PIBG adalah penghubung di antara ibu bapa dengan pihak sekolah dalam menyelesaikan masalah anak-anak serta membantu sekolah mencipta sejarah tetapi bukan mencari salah sekolah dan menghancurkan nama baik sekolah.