Wednesday, July 14, 2010

Pemantauan PEKA dan PAFA

Satu pasukan pemantau bagi menilai pengurusan dan pengelolaan Ujian PEKA dan PAFA telah berkunjung ke SK. Teriang, Endau pada hari Rabu, 14 Julai 201o. Pasukan ini diketuai oleh Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Mersing. Berbagai perkara telah dibincangkan untuk penambaikan mutu ujian dan cara pengendalian ujian-ujian tersebut.

Thursday, July 8, 2010

Tahniah dan Selamat Bertukar Tempat Bertugas

Tahniah diucapkan kepada Pn. Norlaila binti Mohd Ali, Guru Agama SK. Teriang, yang telah dilantik sebagai GPK HEM hakiki DGA32.

Seluruh warga SK. Teriang mengucapkan `Selamat Bertugas' di tempat baru kepada Pn. Norlaila binti Mohd Ali, yang akan melebarkan kerjayanya sebagai GPK HEM di SK. Mersing Kanan, Mersing, Johor.

Sesungguhnya budi yang ditaburkan di SK. Teriang sepanjang 3 tahun di sekolah ini amat bermakna dan akan dikenang selamanya.