Tuesday, June 22, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada semua guru dan murid-murid SK. Teriang, diucapkan selamat kembali semula ke sekolah untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran kalian di SK. Teriang bagi penggal yang kedua bagi tahun 2010 ini. Semoga terus bersemangat untuk mencapai kejayaan yang diharapkan. Bagi murid Tahun 6, masa yang ada untuk persediaan UPSR semakin singkat dan diharapkan anda semua dapat melipatgandakan usaha untuk kecemerlangan diri masing-masing.

Friday, June 4, 2010

Selamat Bercuti

Kepada semua guru dan murid SK. Teriang, diucapkan selamat bercuti sempena cuti persekolahan pertengahan penggal pertama 2010. Kepada murid, jaga diri dan jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah. Kepada murid-murid yang terlibat dengan kelas tambahan, sila rujuk jadual kelas tambahan untuk makluman tentang perjalanan kelas tambahan tersebut. Kepada guru pula, jangan lupa dengan jadual giliran guru bertugas semasa cuti sekolah nanti.

Tuesday, June 1, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan Setengah Tahun untuk Murid Tahun 1 hingga 6, SK. Teriang, Endau, Mersing, Johor. Peperiksaan akan berlangsung selama 4 hari bermula hari Selasa, 1 Jun 2010 hingga hari Jumaat, 4 Jun 2010. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.