Tuesday, May 25, 2010

Sekitar Sambutan Hari Guru Peringkat SK. Teriang Tahun 2010


Sambutan Hari Guru peringkat SK. Teriang, Endau, Mersing, Johor telah diadakan di SK. Teriang pada hari Isnin, 17 MEI 2010 yang lau. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti bacaan perutusan, ikrar guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, sukaneka serta persembahan yang melibatkan guru dan murid serta warga SK. Teriang.

Murid Tahun 6 Menduduki UPPM2

Kepada semua murid Tahun 6 SK. Teriang, diucapkan selamat menduduki UPPM 2 yang bermula dari 25 Mei 2010 hingga 27 Mei 2010. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang.

Monday, May 24, 2010

Kejohanan Balapan & Padang Prasekolah Daerah Mersing 2010

Kejohanan Balapan & Padang Prasekolah Daerah Mersing telah diadakan di padang SK. Teluk Lipat, Endau, Johor. Acara tersebut berlangsung pada 24 Mei 2010 dengan disertai oleh seluruh kelas prasekolah di dalam daerah Mersing. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Mersing.

Ketibaan Penolong Pegawai pelajaran Daerah Mersing telah disambut oleh Pengerusi Majlis Permuafakatan Kelas Prasekolah Daerah Mersing, Guru Besar-guru besar, guru-guru dengan diiringi oleh Pasukan Kompang SK. Teriang.

Acara kemuncak bagi majlis perasmian ini adalah persembahan murid prasekolah SK. Teriang yang mempersembahkan sebuah tarian khas bagi majlis ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak khususnya pegawai prasekolah PPD Mersing, guru-guru prasekolah, pembantu pengurusan murid (PPM) prasekolah, pegawai kejohanan, guru-guru pengiring, warga SK. Teluk Lipat sebagai tuan rumah, ibu bapa serta murid-murid prasekolah yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam acara ini.

Sunday, May 23, 2010

Sekitar Kem Motivasi Murid Tahun 6


Semoga apa yang dilalui sekarang dapat membuka minda murid-murid untuk menghadapi cabaran sebenar di dalam UPSR 2010 nanti.

Wednesday, May 12, 2010

Memasukkan gambar dalam artikel


Gambar berikut menjelaskan tentang ragam murid di sekolah ini.

Pemberitahuan

Portal ini masih dalam pembikinan.

Terima Kasih.